Powered By Blogger

PK HEM SK PADANG KOTA, PERLIS

UNIT HEM SEK.KEB.PADANG KOTA, PERLIS

VISI

MURID CEMERLANG

SEKOLAH GEMILANG

MISI

MELAHIRKAN MURID BERMOTIVASI TINGGI DAN MAMPU BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGAN SAHSIAH, AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

OBJEKTIF UNIT HEM

v Menentukan agar murid SKPK mempunyai Kes Salah Laku Sifar.

v Menentukan supaya murid yang layak menerima bantuan kebajikan, perkhidmatan kesihatan, dan keselamatan yang disediakan dengan adil.

v Membimbing murid dengan perkhidmatan Kaunseling ke arah yang boleh membawa kejayaan kepada murid , sekolah dan masyarakat

23 February 2010

GOTONG ROYONG CEGAH AEDES 2010





23 Februari 2010 - Gotong Royong Cegah Aedes telah diadakan di SKPK. Semua murid Tahap 2 dan guru serta pekerja telah bersama-sama membersihakan kawasan sekolah. Aktiviti bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Bersungguh-sungguh anak murid tersayang buat kerja... tak pe... nanti Ustazah Rohana buat ayaq sarbat... Ni kalau gang JPN mai tengok mesti depa tabik spring.... Walaupun cuaca panas terik tapi mereka tetap gembira... Terima kasih kepada semua guru, staf dan murid-murid SKPK.... anda semua INSAN yang HEBAT!!!!!!!

No comments:

KURSUS KEPIMPINAN

KURSUS KEPIMPINAN
Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas PSS & Ketua Darjah pada 31 Januari 2010, Ahad. Kenapa hari Ahad? kerana ramai guru SKPK melanjutkan PJJ pada setiap Sabtu. Namun mereka komited untuk datang pada hari Ahad. Terima kasih Cikgu Hamzan, Normayati, Fairus, Norsidah, Azman, Ustazah Zizah, Mofizam, Wan Fadzini dan lain-lain.

RENUNGAN.........

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri