Powered By Blogger

PK HEM SK PADANG KOTA, PERLIS

UNIT HEM SEK.KEB.PADANG KOTA, PERLIS

VISI

MURID CEMERLANG

SEKOLAH GEMILANG

MISI

MELAHIRKAN MURID BERMOTIVASI TINGGI DAN MAMPU BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGAN SAHSIAH, AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

OBJEKTIF UNIT HEM

v Menentukan agar murid SKPK mempunyai Kes Salah Laku Sifar.

v Menentukan supaya murid yang layak menerima bantuan kebajikan, perkhidmatan kesihatan, dan keselamatan yang disediakan dengan adil.

v Membimbing murid dengan perkhidmatan Kaunseling ke arah yang boleh membawa kejayaan kepada murid , sekolah dan masyarakat

08 March 2010

MASJID BEIJING KELANTAN



MASJID BEGIJING - Rantau Panjang, Kelantan. 7 Mac 2010, kami on the way balik Perlis singgah solat Zohor di masjid ni. Cantiknya...... sebahagian anggota rombongan tak turun... so gambar depa tak dak dalam blog aku ni... jangan mare.....

01 March 2010

JOHAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS BULAN FEBRUARI



1 Mac 2010 - Tahniah kepada murid-murid dan guru-guru Tahun 1 Bestari dan Tahun 6 Bestari kerana menjadi Johan Kebersihan dan Keceriaan Kelas bagi bulan Februari 2010. Semoga dapat mengekalkan kejuaraan pada bulan hadapan. Hadiah disampaikan oleh Puan Norehan Ishak, Penolong Kanan Kokurikulum.

24 February 2010

OLAHRAGA PKP PAYA 2010





JOHAN PERBARISAN....


24 dan 25 Februari 2010 Kejohanan Olaharaga PKP Paya Kali Ke-27 telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri, Perlis. Sekolah aku sekali lagi menjadi johan perbarisan. Tahun lepas sewaktu aku ditukarkan khas ke Sek.Keb. Padang Kota untuk mengendalikan Olahraga PKP Paya kali ke-26 (tuan rumah), terasa terik juga.... maklumlah nak kendalikan untuk kawasan. Tapi dengan pertolongan kawan-kawan di sekolah aku dan sekolah-sekolah lain, Alhamdulillah jadi juga kejohanan olaharaga tersebut. Tahun ni dah jadi PK HEM tak berapa nak kalut sangat bab-bab ni, tapi.... p menyebuk juga.... Tahniah kepada semua guru SK Padang Kota.....bravooo!!!!!

23 February 2010

GOTONG ROYONG CEGAH AEDES 2010





23 Februari 2010 - Gotong Royong Cegah Aedes telah diadakan di SKPK. Semua murid Tahap 2 dan guru serta pekerja telah bersama-sama membersihakan kawasan sekolah. Aktiviti bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Bersungguh-sungguh anak murid tersayang buat kerja... tak pe... nanti Ustazah Rohana buat ayaq sarbat... Ni kalau gang JPN mai tengok mesti depa tabik spring.... Walaupun cuaca panas terik tapi mereka tetap gembira... Terima kasih kepada semua guru, staf dan murid-murid SKPK.... anda semua INSAN yang HEBAT!!!!!!!

22 February 2010

PELANCARAN HARI ANTI DADAH SEKOLAH


22 Februari 2010 Pelancaran Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah disempurnakan oleh Puan Zainap binti Sulaiman, ikrar dibacakan oleh Ketua Pengawas, Anis Khairani bt. Mazari. Aku doakan agar semua muridku tidak terjebak dengan najis dadah. Ya Allah peliharalah semua muridku, di dunia Mu dan di akhirat Mu jauhilah mereka dari segala musibah dan bahaya....amin....

10 February 2010

TAKLIMAT IBU BAPA KELAS KRISTAL



11 Februari 2010 Satu taklimat kepada ibu bapa / penjaga murid-murid kristal (pemulihan) telah di adakan. Respon dari ibu bapa / penjaga sangat menggalakan. Ibu bapa mana yang nak tengok anak mereka tidak berjaya.... Para guru sedaya upaya untuk membantu, terima kasih Cikgu Nor Inshon, Cikgu Hamzan dan guru-guru lain. Semoga Allah SWT melimpah rahmat buat tuan-tuan dan puan-puan......
MULIANYA MENJADI SEORANG GURU......

PENGAWAS SESI 2010


Barisan Pengawas Sesi 2010 dipimpin oleh Puan Fairus bt. Abu Bakar, Ketua Pengawas Anis Khairani bt. Marzari. Semoga pengawas sekolah dapat bertugas dengan dedikasi.

AMBOI...


Ni semua gang SK Padang Kota, masa tengah dok Sukantara 2010...dan lagi posing... Cikgu Inshon (Ketua JU Pemulihan Perlis), Cikgu Norehan (PK Ko), Cikgu Sidah (spy mrs aku) Cikgu Hajah Zarrena (Mak aji rock) & Ustazah Rohana (Gawea Ganu). Aku rasa bertuah kerana depa ni semuanya besttttt... dan rajin..... Sape-sape dok di Padang Kota pasti tak mau keluaq... ha..ha...ha... ya ka?

SUKANTARA 2010

6 Februari 2010 -Sukantara diadakan di Padang Licin Kg. Syed Omar. Sempat lagi posing dengan murid-murid. Sekolah aku dah tak ada padang, jadi korban pembangunan... so tumpang padang orang kampung. Best rupanya dok di sekolah... dulu dok PKG tak rasa macam cikgu... la ni nikmatnya jadi cikgu semula, tapi bukan guru biasa ya..... PK HEM... he...he...he.. jangan mare.
Ada ka ustazah tu kata aku mendabik dada... hampa nak tau ustazah mana....? cer teka

KURSUS KEPIMPINAN

KURSUS KEPIMPINAN
Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas PSS & Ketua Darjah pada 31 Januari 2010, Ahad. Kenapa hari Ahad? kerana ramai guru SKPK melanjutkan PJJ pada setiap Sabtu. Namun mereka komited untuk datang pada hari Ahad. Terima kasih Cikgu Hamzan, Normayati, Fairus, Norsidah, Azman, Ustazah Zizah, Mofizam, Wan Fadzini dan lain-lain.

RENUNGAN.........

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri